Paris 2024: Atlet judo Tajikistan jerit "Allahu Akbar", usai bantai atlet pendatang haram


Julai 30, 2024 14:09 MYT
Atlet Judo Tajikistan, Nurali Emomali, mengelak untuk bersalaman dengan lawannya dari Israel di Olimpik Paris 2024. Musuhnya itu mengakhirkan kempen di Paris dengan kecederaan.
Emomali bertemu Baruch Shmailov dari Israel pada psuingan 16 terbaik judo dalam kategori 66 kilogram (kg). Perlawanan berlangsung di Grand Palais Emphemere, pada Ahad lalu.

KARMA strikes Nurali Emomali from Tajikistan who REFUSED to shake hands with Israeli judo competitor Baruch Shmailov & shouted “Allahu Akbar" Nurali ended up with a dislocated shoulder crying on the mat ?? #OlympicGames#Olympics #JUDO #JudoOlympics pic.twitter.com/opREmu8RSS

— Rosy (@rose_k01) July 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Emomali apabila berjaya mengatasi Shmailov. Emomali selepas itu terus meninggalkan arena usai pertarungan tanpa bersalaman dengan lawannya tersebut, mengabaikan peraturan judo untuk bersalaman satu sama lain selepas bersaing.
Menurut Fox News, Nurali Emomali tidak hanya meninggalkan lapangan tanpa bersalam dengan Shmailov. Namun, dia juga sempat mengangkat satu jari ke atas, membawa kepada makna simbol Tauhid, serta mengucapkan 'Allahu Akbar'.
#judo #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024 #Tajikistan #Haram #Pendatang
;