Atlet Judo Tajikistan, Nurali Emomali, mengelak untuk bersalaman dengan lawannya dari Israel di Olimpik Paris 2024. Musuhnya itu mengakhirkan kempen di Paris dengan kecederaan.

Emomali bertemu Baruch Shmailov dari Israel pada psuingan 16 terbaik judo dalam kategori 66 kilogram (kg). Perlawanan berlangsung di Grand Palais Emphemere, pada Ahad lalu.Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Emomali apabila berjaya mengatasi Shmailov. Emomali selepas itu terus meninggalkan arena usai pertarungan tanpa bersalaman dengan lawannya tersebut, mengabaikan peraturan judo untuk bersalaman satu sama lain selepas bersaing.

Menurut Fox News, Nurali Emomali tidak hanya meninggalkan lapangan tanpa bersalam dengan Shmailov. Namun, dia juga sempat mengangkat satu jari ke atas, membawa kepada makna simbol Tauhid, serta mengucapkan 'Allahu Akbar'.