OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Atlet gusti Mesir ditahan lakukan serangan seksual

Saufi Tahir 09/08/2024 | 16:48 MYT
Atlet gusti Mesir, Mohamed Elsayed, ditahan oleh pihak berkuasa Perancis selepas disyaki melakukan serangan seksual berhampiran sebuah restoran di Kota Paris.
Seorang pelanggan di restoran mendakwa atlet berusia 26 tahun itu yang berada dibawah penggaruh alkohol menyentuh pinggulnya awal pagi semalam.
Pihak berkuasa Perancis akan menjalankan siasatan lanjut kepada pemenang pingat gangsa dalam edisi Tokyo 2021 itu berkenaan kelakuannya yang tidak bermoral itu.
#Gusti #Paris 2024
;