Paris 2024: Aniq Kasdan mahu persiapan latihan berjalan lancar

King Hisyam
Ogos 4, 2024 20:49 MYT
Badang negara, Muhammad Aniq Kasdan, mengambil pendekatan berhati-hati dan waspada dalam memastikan rutin latihan harianya berjalan dengan lancar dan sempurna bagi menghadapi saingan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.
Jelasnya ia bagi memastikan fokus dan momentumnya sentiasa berada di landasan terbaik.
Pemenang pingat emas sukan Komanwel 2022 itu kini sudahpun berada di bumi Paris bagi menghadapi cabaran sebenar selain pemburuan pingat untuk negara
Ketika ditemui wartawan Astro Arena, Fariha Razak, Aniq menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana mampu melaksanakan sesi latihan di kota Paris dengan baik tanpa sebarang masalah.
"Ok lah semua bagus dan semua baik saja tanpa sebarang kekurangan. Cuma kena jaga je lah masa tidur dan makan minum saya selain perlu sentiasa fokus dan elakan sebarang aktiviti yang tidak ada kena mengena." Jelasnya.
Aniq Kasdan akan beraksi bagi kategori 61 kilogram yang akan memulakan saingan pada Rabu ini.
Sebelum ini dia pernah mensasarkan untuk mencapai sasaran angkatan dengan 305 kilogram
#Angkat berat #Sukan Olimpik Paris 2024 #Aniq Kasdan
;