Paris 2024: Adik sebak lihat Shah Firdaus kemalangan

Muzaffar Musa
Ogos 11, 2024 21:29 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Ridwan Sahrom, tidak dapat menahan sebak ketika melihat abangnya, Shah Firdaus Sahrom, kemalangan dalam final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis hari ini.
Shah Firdaus berlanggar dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano, di selekoh terakhir biarpun ketika itu berada di kedudukan ketiga dan berpeluang cerah untuk memenangi pingat gangsa.
Dalam satu video kiriman wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Ridwan kelihatan tidak dapat menahan sebak melihat pengakhiran abangnya dalam edisi kali ini.
"Saya tahu apa yang dia mahukan di Paris, sayangnya ia tidak berlaku," katanya.

Pelumba berbasikal negara, Muhammad Ridwan Sahrom adik kepada Shah Firdaus, gagal menahan sebak melihat pengakhiran kurang sempurna abangnya di pentas Olimpik kali ini. ‘Saya tahu apa yang dia mahukan di Paris, sayangnya ia tidak berlaku …’@ASTROARENA pic.twitter.com/wKIeeWDW7U

— FinaNasrom (@fnasrom) August 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;