Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Acara triatlon ditangguh ekoran pencemaran Sungai Seine

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seine-river-new.jpg
Sukan Olimpik Paris secara rasmi mengumumkan penangguhan acara triatlon lelaki ekoran pencemaran air di Sungai Seine -- hanya beberapa jam sebelum acara bermula.

Keputusan dibuat pada jam 4:15 pagi waktu tempatan (10.15 pagi waktu Malaysia) -- lebih awal daripada waktu mula yang dijadualkan pada jam 8 pagi (4 petang waktu Malaysia).

Acara lelaki kini akan diadakan esok pada 10.45 pagi waktu tempatan (6.45 petang), sejurus selepas acara wanita pada 8 pagi (4 petang)

Paris dilaporkan membelanjakan ASD2.47 bilion untuk membersihkan sungai Seine sebagai salah satu aspek warisan utama Sukan Olimpik tahun ini. Tiga kawasan renang awam ditetapkan untuk dibuka kepada orang ramai selepas temasya itu. Datuk Bandar Paris bulan lalu sendiri telah berenang di Seine untuk membuktikan ia selamat.

Dua hari sesi latihan di sungai itu dibatalkan kerana hujan baru-baru ini - termasuk semasa Majlis Perasmian, yang seterusnya mencemarkan Seine dengan kumbahan mentah dan meningkatkan kelajuan arus.

Pegawai telah menguji sungai setiap 12 jam -- pada pukul 3 pagi dan 3 petang setiap hari, dengan keputusan ujian kembali 12 jam kemudian.

Berdasarkan keputusan petang semalam -- termasuk tahap bakteria E.Coli -- perlumbaan terpaksa ditangguhkan pada saat-saat akhir.

Advertisement

Must Watch Video