Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul naib juara Kumpulan A, Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas kepada gandingan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam perlawanan padat aksi di Porte de la Chapelle Arena sebentar tadi.

Aaron dan Wooi Yik bermula perlahan dalam set pertama dan mereka pada satu ketika membenarkan lawan untuk memperoleh enam mata berturut-turut untuk ketinggalan 10-17.

Bagaimanapun, mereka bangkit menghapuskan lima mata akhir lawan untuk mengikat kedudukan 20-20 sebelum akur tewas 24-22.

Aksi dalam set kedua pula jelas menjadi milik lawan, di mana Aaron dan Wooi Yik tewas 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.