PARALIMPIK
Paralimpik Tokyo 2020: Persediaan Suresh hampir lengkap -- Marzuki
Jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria, menjelaskan S. Suresh berada dalam keadaan 80 hingga 90 peratus sedia menjelang aksi pusingan pertama Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Sabtu ini.
Atlet kelahiran Kuala Ketil, Kedah itu bakal turun beraksi Sabtu sekaligus membawa status selaku juara Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbossch, Belanda.
Ketika dilihat sebagai prospek pingat buat kontinjen negara, Marzuki menjelaskan Suresh di kini di tahap 80 hingga 90 peratus bersedia untuk mengibar cabaran negara di Tokyo.
Iklan
Marzuki turut menjelaskan keadaan cuaca dijangka ribut pada hari pertandingan di Lapangan Memanah Yumenoshima, Tokyo.
"Kami telah menilai keadaan cuaca di sini dan telah cuba mengatasinya dalam sesi latihan sebelum saingan bermula. Suresh sudah 80 hingga 90 bersedia untuk menghadapi saingan," kata Marzuki.
"Semua atlet bakal menghadapi kesukaran yang sama, namun atlet yang lebih konsisten dalam panahan mampu mara jauh."
Seorang lagi atlet negara yang akan beraksi esok, perenang para negara, Brenda Anellia Larry, sedia membuat kejutan dalam acara kegemarannya, 50 meter kuak lentang.
Jurulatih Brenda, Eva Wong, berkongsi keadaan anak buahnya selepas kekecewaan mempamerkan aksi terbaik dalam acara kuak kupu-kupu walaupun berjaya memperbaharui rekod Asia baru di peringkat saringan.
"Setakat ini, Brenda sudah bersedia untuk menghadapi acara ini. Dia telah mula menyesuaikan diri dan berasakan akan mampu melakukan yang baik dalam acara berikutnya," katanya.
Must-Watch Video