Dalam perlumbaan di Fuji International Speedway itu, atlet berusia 31 tahun berkenaan merakamkan catatan masa 1:01:35.78s untuk menduduki tempat ke-12 daripada 15 pelumba.
Malang buat seorang lagi wakil negara, Zuhari Ahmad Tarmizi, apabila tidak dapat meneruskan perlumbaan, sekali gus menduduki tangga terakhir.
Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Daniel Abraham Gebru, dengan catatan masa 42:46.45s manakala Yehor Demetyev (Ukraine) dan Alistair Donohoe (Australia), masing-masing memenangi perak dan gangsa.
#CyclingRoad | 31 Ogos
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 31, 2021
Hafiz Jamali - Tempat ke-12 (1:01:35.78)
Zuhairi Tarmizi - Did not finish (DNF)
Tamat acara Men's C5 Time Trial. Kami percaya mereka berdua telah berikan sehabis baik. Terima kasih, Hafiz & Zuhairi! #KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #DemiMalaysia
Sementara itu, dalam final acara ujian masa wanita B, pelumba negara, Nur Azlia Syafinaz Zais, dan jurupandunya, Nurul Suhada Zainal, turut tidak dapat menamatkan perlumbaan, sekali gus terpaksa berpuas hati menduduki tempat kelapan daripada lapan pelumba.
Kredit foto: kontinjenmalaysia.my