Jurulatih boccia para negara, Aiman Hafizi, mengelak daripada meletakkan sebarang harapan pingat dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 kerana menganggap ia sebagai satu bonus jika anak buah mampu melakar kejutan.

Keputusan tidak meletakkan sebarang sasaran juga adalah bagi memastikan pemainnya tidak beraksi dalam keadaan tertekan.

"Kalau atlet terdahulu, mungkin kami boleh letakkan sasaran lebih tinggi iaitu emas.






"Oleh kerana kali ini (Malaysia mempertaruhkan) atlet baru, kami tidak boleh terlalu realistik dalam meletakkan sasaran," katanya.

Sementara itu, pemenang emas Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Noor Askuzaimey Mat Salim, mendedahkan bagaimana idolanya meniupkan inspirasi buatnya pergi jauh dalam sukan ini.

"Dia menjadi atlet contoh kepada saya.

"Saya pernah berlatih dengannya jadi saya sempat menimba ilmu daripadanya," katanya.