Skip to main content

Sukan Lain

Paralimpik Paris: Kontinjen olahraga negara jadi sandaran pingat di Kota Cinta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karl.jpg
Sukan olahraga menjadi acara tumpuan rakyat Malaysia kerana bakal disajikan persembahan memukau atlet negara di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Malah, sudah menjadi kelaziman sejak dua edisi lalu di Rio 2016 dan Tokyo 2021 yang menyaksikan taruhan pingat datang daripada kontinjen olahraga negara.

 
Selain Datuk Latiff Romly, seorang lagi jaguh lompat jauh T12 negara, Johnathan Wong Kar Gee, hadir di Kota Cinta demi misi mengubati kekecewaannya akibat dibelenggu kecederaan ketika di Tokyo 2021.

Kini, dia mensasarkan ke kedudukan podium selepas memperbaharui tekniknya untuk mendapatkan lompatan jauh.

Dalam masa sama, Ammar Aiman Nor Azmi yang memegang status rekod Asia mahu membuktikan kredibilitinya apabila diumumkan sebagai pelari ketiga terbaik dunia ketika ini bagi merangkul kilauan pingat di temasya berprestij itu.

Advertisement

Must Watch Video