Paralimpik Paris: Kontinjen negara sasar kejutan, bukan setakat empat emas

Shaiful Shamsudin
Ogos 21, 2024 20:13 MYT
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, menganggap tidak mustahil untuk kontinjen Sukan Paralimpik Paris 2024 melakar kejutan meraih kutipan pingat melebihi daripada sasaran pingat empat emas yang telah ditetapkan.
Dia percaya kontinjen negara yang diwakili 30 atlet melibatkan lapan jenis sukan bakal berjuang habis-habisan bagi menjulang nama Malaysia di mata dunia.
Untuk rekod, dalam temasya Paris 2024, Malaysia mengumpul enam pingat emas secara keseluruhan dengan tiga daripadanya diperoleh ketika edisi Rio 2016 di samping tiga lagi dalam Tokyo 2020.
Dalam perkembangan sama, dia turut memaklumkan ganjaran tambahan sebanyak RM60,000 menanti pemenang emas Paralimpik hasil sumbangan daripada tiga syarikat korporat tempatan.
#Sukan Paralimpik #Sukan Paralimpik Paris
;