Skip to main content

Sukan Lain

Paralimpik Paris: Dari Perlis ke Paris, Latif Romly nyalakan obor perjuangan kontinjen negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

romly.jpg
Menjelang upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 yang diadakan di La Concorde akan memperlihatkan hampir 50,000 delegasi kontinjen daripada serata dunia untuk meraikan temasya paling berprestij itu.

Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, jaguh lompat jauh T20 negara, Datuk Latif Romly, bakal diberikan peranan istimewa iaitu menjadi salah seorang atlet pembawa obor ketika perasmian sedang berlangsung, awal pagi nanti.

Secara tidak langsung, penghormatan itu seakan mengulangi kisah Latif Romly ketika dipilih mewakili Malaysia sebagai pembawa obor ke-59 pada acara Larian Obor di Sukan Para Asian keempat hangzhou 2022.

Advertisement

Must Watch Video