Paralimpik Paris: Atlet negara sudah sedia berjuang

ss
Ogos 18, 2024 18:31 MYT
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, yakin kontinjen negara sudah berada dalam mood terbaik untuk mengharungi Sukan Paralimpik Paris 2024.
Jelasnya, kem para negara akan memastikan ikatan kekeluargaan terus disemat ketika melibatkan aksi getir penentuan pingat.
"Kalau tidak boleh capai tak apa, atlet sudah buat yang terbaik.
"Ini adalah sukan, ada menang dan kalah. Tiada kasihan.
"Atlet bekerja keras dan (apa yang terjadi), itulah hakikatnya.
"Kalau atlet tiada momentum sebegini, tidak perlulah bersukan (bertanding)," katanya yang ditemui ketika mengumumkan barisan penaja yang akan menyumbang insentif kepada kontinjen paralimpik ke Paris -- antaranya Petite Maison, Milo Malaysia, Voltra, B.Grimm dalam Majlis Kiraan Detik 10 menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.
#Paralimpik Paris #Sukan Paralimpik Paris
;