Paralimpik Paris 2024: Wajib mohon restu, bawa semangat keluarga ketika bertanding
Najmi Iman
Ogos 14, 2024 19:39 MYT
Ogos 14, 2024 19:39 MYT
Menuju pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berbaki dua minggu sahaja lagi, penyandang pingat emas acara lompat jauh T20, Datuk Abdul Latif Romly, kini berserah kepada ketentuan takdir selepas mengerah keringat berlatih bersungguh-sungguh bagi memastikan dirinya berada dalam kondisi terbaik .
Atlet berusia 27 tahun itu akan turun ke Paris dengan status pilihan utama kejohanan susulan mendominasi acara tersebut dengan kilauan dua pingat emas di Rio 2016 dan Tokyo 2021.
Selain menerapkan aspek teknik lompatan, anak jati Perlis itu juga sentiasa mengambil restu individu yang menjadi tulang belakangnya selama ini.
Latif Romly mengakui bahawa itu merupakan resipi kejayaannya yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi dan ternyata membuahkan hasil positif.
"Rutin sebelum saya berangkat ke setiap kejohanan ialah saya memohon restu mengambil semangat daripada keluarga saya, cikgu sekolah kerana bagi saya ia merupakan satu kewajipan," katanya.