Paralimpik Paris 2024: Tidak mahu insiden sama berulang -- Datuk Subramaniam
Najmi Iman
Ogos 14, 2024 20:20 MYT
Ogos 14, 2024 20:20 MYT
"Jangan biarkan kesilapan sama di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 berlaku pada temasya Paralimpik", tegas Chef de Mission (CDM) Malayasia ke Paris, Datuk Subramaniam Raman Nair.
Menurut Subramaniam, pengajaran perlu diambil daripada penampilan Olimpian angkat berat negara, Aniq Kasdan, yang terlepas pingat gangsa susulan perbezaan 1kg sahaja.
Jelasnya, kepentingan dan fokus perlu diberikan sepenuhnya untuk meraih pingat emas selain mengharapkan atlet akan cuba untuk mengelakkan kesilapan di temasya berprestij itu..
"Kita harus mengambil iktibar dan jadikan itu sebagai cabaran untuk tidak mengulangi situasi yang sama seperti yang berlaku sebelum ini.
"Kami mensasarkan kilauan pingat terlebih dahulu sebelum mengorak strategi baru untuk memecahkan rekod atau menggondol pingat emas," katanya.