Paralimpik Paris 2024: Pakaian rasmi kontinjen negara tawan hati netizen

Zaki Zainal
Julai 10, 2024 16:27 MYT
Bersempena 50 hari menuju Sukan Paralimpik Paris, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) turut memperkenalkan pakaian rasmi 'leisure wear' kontinjen negara.
Dengan pemilihan tona warna putih, pakaian kontinjen negara turut diberikan sentuhan daripada warna jalur gemilang.
Pakaian serba lengkap ini turut terdiri daripada seluar, beg galas serta topi yang akan digunakan setiap atlet negara ketika berlepas ke Paris.
Sejak pengumuman rasmi dibuat, rata rata peminat sukan tanah air menyambut baik reka bentuk corak yang diketengahkan — termasuk atlet negara.
;