Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Paris 2024: 'Mobility Park' usaha Toyota tingkat kualiti kehidupan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(3).jpg
Kepakaran dan inovasi jenama pengeluar otomotif terkemuka dunia, Toyota berjaya mengubah kehidupan atlet paralimpik di Paris apabila kecanggihan Toyota sebagai pengangkutan rasmi secara tidak langsung membantu melancarkan perjalanan temasya kali ini.

Agenda utama disebalik pameran Mobility Park di tengah-tengah kesibukan bandar Paris, Toyota memainkan peranan layanan sama-rata terhadap semua lapisan masyarakat khususnya golongan kelainan upaya untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih lancar.

Selain merangka perjalanan setiap atlet dari satu tempat ke destinasi seterusnya, perkenalan teknologi terkini juga berjaya menambat hati atlet para seluruh dunia. 

 

Kecanggihan pengangkutan rasmi dengan ciri khas dalam membantu atlet para melalui temasya tanpa sebarang masalah melibatkan logistik.

"Di Toyota, kami percaya semua orang boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan bebas.

"Jadi dengan menggunakan teknologi yang kami ada, Toyota dapat cipta peralatan yang boleh tingkatkan kualiti kehidupan lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang upaya," kata Hao Quoc Tien, Presiden Toyota Motor Asia kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
 

Advertisement

Must Watch Video