Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Paris 2024: Kontinjen para gayakan busana 'The Malaya' dalam upacara pembukaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

para-negara.jpg
Kontinjen para negara dilihat segak dan bergaya sebelum upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengenakan busana 'The Malaya' rekaan Rizman Ruzaini di Place de la Concorde, awal pagi tadi.

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, diberikan tanggungjawab sebagai pembawa jalur gemilang dalam upacara temasya sukan paling berprestij itu.


 

Untuk rekod, seramai 17 atlet bakal membawa cabaran negara dengan misi meraih empat pingat emas dalam acara badminton, memanah, renang, powerlifting, olahraga dan berbasikal trek.

 
Dalam edisi di Tokyo, kontinjen para negara menyumbangkan tiga pingat emas menerusi Abdul Latif Romly (Lompat Jauh), Cheah Liek Hou (Badminton) dan Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting).
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video