Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot tidak halang Latif Romly sumbang perak kedua negara

Saufi Tahir
September 7, 2024 07:09 MYT
Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, menyumbangkan pingat perak buat negara menerusi acara lompat jauh T20, Sukan Paralimpik Paris 2024 di State de France, awal pagi tadi.
Hasrat atlet berusia 27 itu untuk mempertahankan pingat emasnya dalam edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020 tidak tercapai selepas dikecewakan oleh atlet kelahiran Russia, Matvei Lakushev, yang membuat lompatan 7.51 meter.

LOMPAT JAUH T20 PARALIMPIK : - Datuk Abdul Latif Romly 1st attempt : 7.22m 2nd attempt : 7.43m 3rd attempt : 7.45m 4th attempt : ❌ 5th attempt : ❌ 6th attempt : ❌@ASTROARENA #KitaSemuaTeamM pic.twitter.com/U0RNdZMZU7

— karlnunis (@_karlnunis) September 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Latif mencatatkan lompatan 7.45 meter terbaiknya dalam tiga percubaan selepas memulakan percubaan pertama dengan 7.22 meter dan 7.43 meter untuk kali kedua.
Namun, atlet kelahiran Perlis itu terpaksa akur apabila tiga lagi percubaan terakhirnya dibatalkan.
Namun, mengikut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, kecederaan otot di bahagian perut membataskan peluang Latif untuk mempertahankan pingatnya sekali gus merangkul hatrik pingat emas.

?????? ???? ????? Thank you Latif Romly for the 2nd Silver Medal in Paris 2024 Paralympic Games. Graphics & ? By @ridhwanroslim II @csn.tv pic.twitter.com/9RyPou90ue

— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Latif menjadi atlet kedua menyumbangkan pingat perak selepas Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru lelaKi F20.
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan saya dan semua atlet paralimpik.
"Keadaan saya kali ini kurang memuaskan kerana tidak dapat berikan 100 peritus dan saya telah memaksa diri saya untuk beri prestasi terbaik semasa beraksi." katanya
Credit Photo: MOM
#Olahraga #Lompat jauh #Sukan Paralimpik Paris #Datuk Abdul Latif Romly
;