Paralimpik Paris 2024: Ammar Aiman terlepas pingat di 10 meter terakhir

Muzaffar Musa
September 4, 2024 08:22 MYT
Pelari para negara, Ammar Aiman Nor Azmi, terlepas pingat gangsa dalam acara 400m T20 Sukan Paralimpik Paris 2024 apabila dipintas di 10m terakhir saingan di Stade de France awal pagi tadi.
Pelari negara itu dipintas pada saat-saat akhir oleh atlet Mauritius, Yovanni Philippe, sekali gus terpaksa aku menamatkan saingan di tempat keempat.
Dalam penampilan pertamanya di pentas berkenaan, Ammar Aiman melakukan catatan masa 48.38s dan hanya ketinggalan 0.08s di belakang Philippe.
Pingat emas menjadi milik Jhon Sebastian Obando Asprilla dari Colombia dengan catatan 48.09s, meninggalkan pencabar terdekatnya dari Sepanyol, David Jose Pineda Mejia, yang meraih perak dengan 48.24s.

??? TERKINI !!!! Mirip situasi yang dilalui Wong Kar Gee, giliran Ammar Aiman dikecewakan pada saat akhir, acara 400m T20. Ammar ‘terlepas’ pingat gangsa selepas dipintas pada 10m terakhir. ?Yovanni Phillippe 48.30 4th Ammar Aiman 48.38@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/biMFCUqzC4

— karlnunis (@_karlnunis) September 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga para #Sukan Paralimpik #Paralimpik Paris 2024 #Ammar Aiman Nor Azmi
;