"Saya OK je, tiada orang ejek pun.

"Terima kasih ibu ayah kerana membesarkan saya. Tahniah kerana menang emas," katanya anak kepada pemenang pingat emas Shahriluzaily Md Rashid.

Pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan itu mencuri perhatian apabila memenangi pingat emas boling padang Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak di Arena Lawn Bowls hari ini.

Shahriluzaily yang bersaing dalam kategori lelaki B6 di samping Syazwan muncul juara dengan keputusan 21-8, sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya edisi lalu.


Shahriluzaily yang bersaing dalam kategori lelaki B6 di samping Syazwan muncul juara dengan keputusan 21-8, sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya edisi lalu.

"Saya rasa bangga dan terharu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Bagi isterinya pula, Norazian Daud, keputusan untuk membawa anak tunggalnya dalam Para Sukma kali ini tampak berbaloi yang boleh menjadi pemangkin semangatnya.

Untuk rekod, Norazian meraih emas setelah menewaskan wakil dari Kelantan, Nur Imana Balqis, dengan keputusan 21-8.

"Saya rasa sangat bangga.

"Perkenalan saya dan suami bermula di pusat penjaja OKU," katanya pula.