OLAHRAGA
Para Sukma Sarawak: Nurdin Bolts idam harumkan nama negara di pentas antarabangsa
"Biar belajar tak pandai asalkan dapat wakil Malaysia."
Nasihat murni darinya ayahnya sentiasa berlegar-legar di fikiran Nurdin Ibrahim demi mencapai impian setinggi gunung untuk berjaya sebagai seorang atlet para negara.
Kejayaan manis buat atlet yang menerima jolokan nama "Nurdin Bolts" itu apabila menjadi atlet pertama yang membantu kontinjen Kedah mendominasi acara 1,500 meter lelaki T20
Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, iaitu kategori kecacatan fizikal.
Iklan
"Pada asalnya saya cuma sasarkan emas, bukannya rekod baru.
"Tapi saya bersyukur dengan rekod baru ini.
"Saya juga sahut pesanan ayah. Biarpun belajar tidak pandai tapi saya mahu berjaya sampai mewakili Malaysia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dengan rekod catatan 4 minit 21.26 saat yang dilakukannya memecah rekod temasya lalu yang dicipta Muhamad Haqeem Mustaqim dari Perlis dalam edisi 2018 di Perak.
Must-Watch Video