Para Sukma Sarawak: Khairul Razi puas raih pingat emas, pecah rekod kebangsaan meskipun mengalami kecederaan otot

Najmi Iman
September 26, 2024 21:57 MYT
Atlet renang para Johor, Khairul Razi, mencipta sensasi disebalik kejayaannya dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 apabila membutirkan empat pingat emas termasuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 50m gaya bebas S12.
Meskipun mengalami kecederaan di bahagian otot, namun ia tidak menghalang Khairul melakar kejayaan manis khas buat emak dan isteri tercinta selepas memperbaharui catatan baru 29.42s dalam sukan renang itu.
"Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan pengurus pasukan serta Persatuan Para Renang Johor.
"Sukar sebenarnya proses saya ke sini kerana menghadapi pelbagai rintangan selain mengalami kecederaan sebelum hadir ke Sarawak tatkala saya sendiri tidak yakin dengan kemampuan untuk bersaing bersama perenang yang lain.

PARA SUKMA 2024: Khairul Razi berjaya menang 4 emas dan berjaya pecahkan satu rekod kebangsaan dalam acara yang disertai olehnya! Hadiah buat mak serta isteri tercinta yang kini turut cemerlang raih 2 emas dalam sukan catur !@ASTROARENA pic.twitter.com/HSNtQveHYK

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Alhamdulillah, saya berjaya membuktikan sesuatu sambil berdoa supaya dipermudahkan urusan untuk menamatkan perlumbaan.
"Isteri ada berpesan supaya buat yang terbaik sekali gus mengiringi semangat saya ketika di sini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Menurut pengurus pasukan, Azwanan Mohd Hassan, pencapaian kem Johor meraih enam pingat emas dalam edisi kali ini sangat membanggakan kerana melebihi sasaran yang ditetapkan.
#Renang #Khairul Razi #Para Sukan Malaysia (Sukma)