Atlet para Sabah, Shahafiq Abdullah, dinobatkan sebagai olahragawan, manakala olahragawati menjadi milik Loh Chi Hui selepas tamatnya Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Pencapaian Shahafiq yang berjaya merangkul empat pingat emas, satu perat dan satu gangsa selain memecahkan empat rekod kebangsaan dalam acara renang para menjadikannya sebagai atlet terbaik edisi kali ini.

Bagi Shahafiq, kebanggaan tersebut bukan hanya untuk pasukan Sabah, namun ia turut diabadikan buat mendiang Jaflee Jikol yang tidak dapat bersamanya dalam temasya dwitahunan itu.

"Saya tidak sangka dan terkejut sambil mendedikasi kemenangan ini kepada kawan saya yang sering berlatih bersama-sama sebelum ini.

"Dia banyak memberikan motivasi buat saya untuk terus melakukan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Loh Chi Hui menganggap kejayaan itu sebagai kejutan buat dirinya ekoran pernah meluahkan hasrat untuk berputus asa terhadap acara yang disertai terhadap jurulatihnya.

Para Sukma kali ini menyaksikan Chi Hui berhasil memadamkan satu catatan kebangsaan selain memperbaharui dua rekod temasya dalam penampilannya yang meraih empat pingat emas dalam acara memanah para.

"Sejujurnya ini bukanlah sasaran saya dan saya agak terkejut dengan keputusan ini.

"Saya boleh buat yang lebih baik selepas ini," katanya.