Para Sukma Sarawak: Colorine Anak Sijang tetap bersyukur terlepas emas ketiga

Shaiful Shamsudin
September 25, 2024 21:51 MYT
Walaupun gagal membutirkan pingat emas ketiga peribadinya dalam acara rejam lembing F41, Colorine Anak Sijang, tetap berpuas hati dengan pencapaian perak yang juga menjadi penampilan pertama yang juga terakhirnya dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, hari ini.
Si tukang jahit berusia 45 tahun ini bersyukur memperoleh kejayaan ini dan pastinya insentif sebanyak RM35,000 yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak memberi 1001 makna buatnya dan keluarga tercinta.
"Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua anak. Jadi insentif ini sebagai simpanan untuk persekolahan mereka.

PARA SUKMA 2024: Colorine Anak Sijang si ibu hebat beri inspirasi kepada kedua-dua anaknya untuk bersaing dalam temasya kali ini. Untuk rekod 2 pingat emas dan 1 pingat perak berjaya diperoleh oleh si tukang jahit ini. RM35 ribu dalam tangan!@ASTROARENA pic.twitter.com/gGEKdVP0Mf

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) September 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya juga ingin kembangkan perniagaan menjahit yang dibuat secara kecil-kecilan di rumah selain selebihnya akan disimpan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Colorine yang juga merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak, ada pesanan terbaik buat golongan wanita yang mempunyai nasib sama sepertinya untuk terus bangkit membina kehidupan yang dalam serba serbi kekurangan, selain turut puas kerana berjaya memberi inspirasi terbaik buat kedua-dua anaknya.
"Jangan mengalah, lemah. Agi Idup Agi Ngelaban," katanya.
Untuk rekod, dua emas yang dibutirkan oleh Colorine adalah menerusi lontar peluru F41 dan lempar cakera F41.
#Sukan Malaysia #Para Sukma, #Sukma Para Sarawak
;