Si tukang jahit berusia 45 tahun ini bersyukur memperoleh kejayaan ini dan pastinya insentif sebanyak RM35,000 yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak memberi 1001 makna buatnya dan keluarga tercinta.
"Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua anak. Jadi insentif ini sebagai simpanan untuk persekolahan mereka.
PARA SUKMA 2024: Colorine Anak Sijang si ibu hebat beri inspirasi kepada kedua-dua anaknya untuk bersaing dalam temasya kali ini.
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) September 25, 2024
Untuk rekod 2 pingat emas dan 1 pingat perak berjaya diperoleh oleh si tukang jahit ini.
RM35 ribu dalam tangan!@ASTROARENA pic.twitter.com/gGEKdVP0Mf
"Saya juga ingin kembangkan perniagaan menjahit yang dibuat secara kecil-kecilan di rumah selain selebihnya akan disimpan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Colorine yang juga merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak, ada pesanan terbaik buat golongan wanita yang mempunyai nasib sama sepertinya untuk terus bangkit membina kehidupan yang dalam serba serbi kekurangan, selain turut puas kerana berjaya memberi inspirasi terbaik buat kedua-dua anaknya.
"Jangan mengalah, lemah. Agi Idup Agi Ngelaban," katanya.
Untuk rekod, dua emas yang dibutirkan oleh Colorine adalah menerusi lontar peluru F41 dan lempar cakera F41.