Para Sukma Sarawak: Bekas bintang sepak takraw tetap cekal selepas lumpuh separuh badan

Shaiful Shamsudin
September 24, 2024 19:53 MYT
Bekas tonggak skuad senior sepak takraw kebangsaan dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Sukan Asia di Indonesia 2018, Kamal Ishak, kembali bangkit selepas lumpuh separuh badan selepas terlibat dalam kemalangan tragis jalan raya pada 2019.
"Saya kena bangkit kerana jiwa sukan itu masih melekat dalam hati saya."
Itulah butir kata yang menggetar jiwa guru di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, itu untuk bangkit daripada detik hitam yang menimpa dirinya.
Bekas perejam negara itu berkongsi kepada Nadi Arena di Sarawak bahawa perjalanan kariernya sebagai atlet ping pong para Sukan Malaysia (Sukma) untuk mewakili Pulau Pinang buat kali kedua.
"Saya memenangi pingat emas dan perak menerusi boccia dalam edisi 2022 tapi kali ini acara saya tidak dipertandingkan.
"Jari saya lemah jadi tak semua acara boleh main.
"Kategori kelas 2 -- tangan lemah memerlukan saya ikat pemukul ping pong di tangan," katanya di Nadi Arena sebentar lagi.
#Sukan Malaysia #Para Sukma, #Sukma Para Sarawak