SUKMA
Para Sukma Sarawak: 71 rekod temasya, 22 catatan kebangsaan hiasi kemeriahan di Kuching
Penganjuran Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menyaksikan pelbagai kenangan manis dan memori indah tercipta selain turut menerima respon positif daripada pelbagai pihak yang menjayakan temasya berprestij itu.
Menerut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Para Sukma 2024, Datu Hii Chang Kee, ketika 10 sukan yang dipertandingkan di Kuching itu mendapat sambutan meriah, terdapat 71 rekod temasya berhasil dipecahkan sambil 22 catatan kebangsaan berjaya diperbaharui.
Acara renang para menjadi tumpuan apabila sebanyak 33 rekod temasya dihasilkan termasuk 18 rekod kebangsaan dicatatkan.
"Suasana meriah yang paling seronok pernah saya lalui di Sarawak kerana kemesraan orang tempatan banyak memberi sokongan buat kami," kata atlet Perlis.
"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan rumah yang telah menganjurkan kejohanan yang cukup kemas, teratur selain banyak kemudahan disediakan," kata Timbalan Chef de Mission Sabah.