Para Sukma: Kimberly Yau cipta rekod kebangsaan kuak lentang di sebalik kekangan latihan

Shaiful Shamsudin
November 5, 2022 20:34 MYT
Kimberly Yau dari Negeri Sembilan menyuarakan kepuasan bukan sahaja menyumbangkan pingat emas buat Negeri Sembilan, malah turut memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara S14 50m kuak lentang kategori wanita Para Sukan Malaysia (Sukma), hari ini.
Kimberly mengakui sempat meragui kemampuannya diri, tetapi pencapaian kali ini meyakinkan bahawa usahanya tidak sia-sia.
Dalam saingan itu, Kimberly mencatat 51.45s untuk perenang Sarawak, Sheena Ung, perlu berpuas hati di tempat kedua dengan 1:0.09s sementara Joanne Yong menamatkan perlumbaan dengan 1.36.27s di tangga ketiga.
"Hari ini renangan saya cukup bertenaga, lebih-lebih lagi ramai ahli keluarga yang turun memberi sokongan.
"Saya gembira dapat melakukan rekod ini, ia satu pencapaian yang mengagumkan," katanya.
Dalam masa sama, kategori lelaki turut menyaksikan perenang Selangor, Nik Muhd Joe Asyraff Nik Rafizal, meraikan kejayaan mencatat rekod kejohanan 35.26s selepas menamatkan perlumbaan dengan 32.35s.
Joe boleh berbangga dengan hasil titik peluh persiapannya itu sambil menyeru kontinjen Selangor agar terus berjuang.
"Saya tidak rasa takut. Saya hanya cuba renang dengan laju," katanya.
Selain Joe, turut menduduki podium adalah perenang Sarawak, Ting Jin Ping, yang merakam 36.47s disusuli Adam Harith Mohd Fairuz yang melakukan 39.09s untuk membawa pulang gangsa.
#Renang #Para Sukma #Kimberly Yau
;