Para Sukma 2024: ‘Saya nak beli kerusi roda baru’ -- Salehuddin intai emas di Sarawak

Ammar Hakim
September 20, 2024 18:08 MYT
Kerusi roda baru jadi pembakar semangat atlet para Kuala Lumpur, Mohamad Salehuddin Mohd Nor, menjelang saingan Para Sukma 2024 yang akan membuka tirai minggu ini.
Ada syarat yang perlu dipenuhi Salehuddin, dia perlu menghadirkan emas bagi acara catur P1 untuk meraih insentif utama yang telah dijanjikan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.
Tegas Salehuddin, kerusi rodanya sudah digunakan sejak lima tahun lalu kelihatan sudah uzur untuk dia menjalani kehidupan harian sebagai penjual minyak wangi.
Hasrat yang sama turut dinyatakan Nurul Amilin Balawi bagi acara memanah compound W2, insentif dari kejayaan menghasilkan pingat emas mampu membantu keperluan sehariannya.
"Setiap atlet berpeluang untuk meraih pingat, segala perancangan yang telah dilakukan berharap akan membuahkan hasil," kata Nurul.
Kontinjen Kuala Lumpur dijanjikan insentif menerusi kejayaan pingat emas dengan imbuhan RM3,000, perak RM1,000 manakala gangsa RM800.