Para Sukma 2024: Kejayaan Bonnie suntik semangat Sarawak buru juara keseluruhan
Ammar Hakim
September 21, 2024 19:34 MYT
September 21, 2024 19:34 MYT
Kejayaan yang dipamerkan atlet paralimpik negara kelahiran negeri Sarawak, Bonnie Bunyai, menjadi pemangkin utama untuk kontingen Bumi Kenyalang tampil berkesan sekaligus membantu Sarawak muncul juara keseluruhan di Para Sukma 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Para Sukma Sarawak, Datuk Seri Fatimah Mustafa, menganggap penganjuran di negeri burung enggang itu sudah menyediakan keperluan sepenuhnya -- hanya yang tinggal kini adalah tugasan akhir daripada atlet para menyempurnakan kejayaan mereka di gelanggang masing-masing.
"Harapan kami sangat besar, kami mahu kembali menjadi juara bagi edisi kali ini," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Selepas 13 kali bergelar juara, kami terpaksa akur dengan kekalahan kepada Sabah dalam buruan juara keseluruhan.
"Setiap atlet yang diberikan kata-kata semangat apabila beraksi di laman sendiri sekaligus memastikan Sarawak kembali bergelar juara."
"Apa yang telah dicapai Bonnie merupakan penyuntik semangat barisan atlet untuk memastikan sasaran kami dicapai."