SUKMA
Para Sukma 2024: Kamal Sedik pasang misi berbeza di Sarawak
Menjelang temasya Para Sukma 2024, atlet Pulau Pinang, Kamal Sedik, hadir ke temasya dua tahun lalu dan berjaya merangkul pingat perak dalam acara para memanah kategori 50 meter compound individu.
Namun misi berbeza di edisi kali ini kerana dia hadir bagi menyertai acara para boling padang kategori B7 akibat isu kesihatan.
"Saya meletakkan sasaran untuk meraih dua pingat emas bagi edisi kali ini," katanya menerusi Nadi Weekend.
Iklan
Tambah kamal lagi, perjuangan yang dipamerkan rakan sepasukan, Firdaus Rahman dalam merekod empat pingat emas kategori B8 sebelum ini memberi inpirasi kepadanya untuk tampil lebih baik dalam kejohanan ini.
"Dia merupakan watak yang penting, banyak mengajar saya dan mahu mengikut jejak langkahnya untuk meraih tiga emas."
Must-Watch Video