Para Sukma 2024: Hannah akui lebih ramai atlet pelapis bakal menyinar

Ammar Hakim
September 22, 2024 18:44 MYT
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, mengakui penganjuran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak berada dalam keadaan baik, serta berharap akan melahirkan lebih ramai atlet pelapis di edisi kali ini terutamanya dalam kalangan wanita.
Hannah juga berharap dengan inisiatif yang telah wujud melalui geran padanan sukan KBS boleh digunakan sebaiknya oleh pihak berkenaan untuk penganjuran program sukan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
"Ini mesej yang nak kita sampaikan tidak kira peristiwa apa yang berlaku sekalipun, kalau anda tidak berfikir dalam victim mindset (pasti boleh melakukan) dengan berkat sokongan semua sebab platform (sudah disediakan).
"... tetapi ramai ingatkan perlu umur di bawah 21 tahun sahaja (tetapi sebenarnya tidak). Jangan malu sebab (mungkin) mereka ada bakat,” katanya selepas meninjau atlet Sukan Para Malaysia (Para Sukma) Sarawak 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching di sini hari ini.