SUKMA
Para Sukma 2024: Hafiq buru emas, pasang hajat bawa ibu bapa jalani umrah
Pembawa bendera kontinjen Melaka, Hafiq Hizwan optimis terus mengekalkan prestasi terbaik untuk mengekalkan pingat emas bagi kategori T46 dalam acara 100 dan 200 meter Kejohanan Para Sukma 2024 selain dalam misi catat rekod peribadi terbaru.
"Saya akan cuba melakukan yang terbaik di Sukma nanti. Bagaimanapun, saya berdepan isu masalah kecederaan namun saya berharap ia akan tidak menjejaskan persiapan untuk memburu pingat," katanya.
Atlet yang mesra disapa 'Balau', juga mengakui akan ada muka baru bagi mencabar kedudukannya nanti, namun misi untuk meraih pingat emas tetap diteruskan kerana berhajat menghadiahkan kemenangan sebagai wang perbelanjaan buat ibu bapanya ke umrah pada Disember ini.
Iklan
"Saya berharap untuk membawa ibu bapa menjalani ibadah umrah hujung tahun ini."
Must-Watch Video