Para Sukma 2024: 700 individu terlibat demi jayakan Majlis Perasmian

Ammar Hakim
September 22, 2024 18:42 MYT
Menjelang Majlis Perasmian temasya Para Sukma Sarawak 2024, wartawan, Zaki Zainal, sempat menemubual insan hebat dan komited yang cemerlang mengetuai persiapan sepenuhnya buat edisi kali ke-21 ini daripada Majlis Seni Sarawak.
Persiapan rapi daripada semua aspek sudah giat dilaksanakan dalam tempoh satu bulan lalu dan akhirnya masa itu akan tiba malam ini untuk pihak penganjur menampilkan sesuatu yang memukau.
Ketua pegawai eksekutif, Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan, berkongsi bahawa segala persiapan rapi sudah giat dijalankan dan ianya melibatkan 700 individu termasuk yang mempunyai keistimewaan tersendiri bagi menjayakan majlis gilang-gemilang itu.
Dayang turut memaklumkan bahawa budaya Sarawak kekal menjadi identiti keseluruhan persembahan disamping menampilkan penyanyi tersohor yang berasal dari bumi Sarawak sendiri seperti Bob Yusof, Hafiz Suip dan lain-lain.