SUKAN LAIN
Para Sukma 2022: Afiq waspada ancaman pencabar
Atlet para olahraga tunggal negara yang memberi cabaran di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham lalu, Afiq Ali Hanafiah, tidak mengganggap temasya Sukan Para Sukma edisi kali ini sebagai pentas yang mudah buat dirinya.
Afiq bakal bersaing dalam tiga acara iaitu 100, 200 dan 400 meter kategori T11/12.
Pemegang tiga pingat emas Para Sukma 2018 itu meletakkan sasaran untuk memperbaharui rekod baharu dalam dua acaranya, 100 dan 200m selain acara 400m dia mahu memastikan kilauan emas kekal menjadi miliknya.
Iklan
"Bagi saingan Para Sukma kali ini, ia bukanlah satu cabaran yang mudah. Saya perlu kekal konsisten bagi saingan kali ini dan berharap untuk memecahkan rekod peribadi," kata Afiq.
Afiq kini sedang rancak mempersiapkan diri menjalani sesi latihan intensif selepas hanya berehat seminggu sahaja sejurus tamat temasya Sukan Komanwel lalu -- semuanya demi perjuangan di Sukan Para Sukma minggu depan.
"Selepas pulang daripada saingan Sukan Komanwel, saya berehat selama seminggu sebelum kembali menjalani latihan sebagai persiapan ke Para Sukma."
Must-Watch Video