SUKAN LAIN
Para Asia Hangzhou: Eddy Bernard yakin ulangi pencapaian emas Jakarta-Palembang
8 hari menuju saingan Sukan Para Asia Hangzhou nampaknya barisan atlet negara melaungkan kesediaan untuk melunaskan misi peribadi masing-masing selain misi negara.
Atlet para 100 meter dan lompat jauh negara, Eddy Bernard, yakin untuk menjelmakan satu pingat emas menerusi salah satu acara disertainya, sekali gus mengulangi pencapaian yang dilakar di Jakarta-Palembang 2018 lalu.
"Tahap persediaan saya sudah mencapai 90 peratus dan akan mencapai tahap optimum dalam pertandingan sebenar," katanya.
Iklan
Untuk rekod, kem olahraga para merupakan penyumbang pingat emas terbesar negara di Jakarta-Palembang menjadikan pungutan pingat keseluruhan Malaysia adalah 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa.
Majlis perhimpunan temasya berlangsung hari ini dengan satu lagi perhimpunan akhir dijadual esok sambil sasaran diumumkan sebelum kontinjen negara berlepas ke Hangzhou keesokkan harinya.
Must-Watch Video