Pengumuman kemas kini Program Road To Gold (RTG) yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyaksikan ketiadaan kem terjun negara menuju Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Namun, senario itu bukanlah satu kejutan memandangkan kriteria ketat yang diperkenalkan bermula tahun ini membenarkan hanya atlet yang meraih pingat dalam Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selain berada di ranking ke-10 terbaik dunia layak menyertai RTG.
Apa yang lebih utama, kegusaran menjadi bualan penting tatkala kem terjun kebangsaan ketandusan bakat pelapis bagi meneruskan pencapaian luar biasa yang pernah disumbangkan penerjun handalan seperti, Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri mahupun Cheong Jun Hoong, sebelum ini.
Dengan situasi semasa yang tidak menentu, apa kata jurulatih negara?
"Seperti sedia maklum, bahagian pembangunan terjun sedang mengalami proses baik pulih.
"Jadi, kami faham keputusan oleh KBS dan bagi saya ia realistik.
"Atlet terjun sememangnya memiliki kebolehan untuk berada dalam kalangan 10 terbaik dunia, tetapi berdasarkan prestasi semasa.
"Setahun dua lagi kita akan tahu siapakah prospek yang layak ke RTG.
"Cuma, kami perlu lebih fokus kepada tahap mentaliti dan bukan sahaja kepada latihan semata," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.