Skip to main content

Sukan Lain

Pandelela terlepas final 10m Platform di Kanada, mana pelapis terjun negara?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pandelela.jpg
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 10 meter (m) platform wanita di kejohanan Piala Dunia Terjun Akuatik 2025 yang berlangsung di Windsor, Kanada pada Khamis.

Beliau perlu berada dalam kelompok 12 terbaik dalam pusingan awal jika ingin layak ke aksi akhir namun malangnya kecederaan di bahagian tricep menyebabkan terjunannya tidak dapat dilakukan dengan kemas menyaksikan penerjun berusia 32 tahun ini menamatkan kempen di Kanada di kedudukan ke 20 dengan jumlah 235.90 mata.

Saingan dikuasi sepenuhnya oleh dua penerjun elit China, Quan Hongchan, juara Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 dengan mencatat skor tertinggi 404.15 mata diikuti dan Chen Yuxi, tempat kedua, Chen Yuxi dengan 376.45 mata.

Untuk rekod, skrip sama berulang seperti yang terjadi di kejohanan Piala Dunia Terjun Akuatik di Guadalajara, Mexico minggu lalu selepas beliau mengakhiri kejohanan di kedudukan ke 13 dengan 267.85 mata sekaligus gagal mara ke aksi final.

Walaupun keputusan ini bukan seperti yang diharapkan, usaha Pandelela untuk kembali beraksi secara kompetitif sejak November 2024 wajar diberi pujian kerana masih mempunyai semangat yang tinggi untuk kembali ke prestasinya yang sebenar tetapi ini juga turut memberi isyarat jelas mengenai cabaran yang dihadapi oleh skuad terjun negara dalam mencari pelapis muda yang mampu menggalas tanggungjawab sebesar ini.

Kebergantungan berterusan kepada penerjun senior seperti Pandelela dan Dhabitah Sabri menunjukkan jurang ketara dalam sistem pembangunan atlet. Tanpa pendekatan proaktif, kita berisiko kehilangan dominasi dan kesinambungan dalam sukan terjun yang pernah membawa pingat di Olimpik kepada negara.


 

Advertisement

Must Watch Video