TERJUN
Pandelela, Jun Hoong raih gangsa di Budapest
Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, meraih pingat gangsa acara terjun 10 meter platform seirama dalam final Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Budapest, awal hari ini.
Pasangan negara itu bemula baik apabila terjunan pertama mereka menyamai catatan mata gandingan, Ren Qian dan Si Yajie, malah berjaya memintas kedudukan penerjun handalan China itu pada terjunan kedua.
Pandelela dan Jun Hoong, yang membawa reputasi selaku pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, nyata tidak gentar dengan cabaran China dan juga Korea Utara apabila sentiasa berada dalam kelompok tiga terbaik.
Iklan
Mereka turut dihimpit penerjun Kanada, Meaghan Benfeito dan Caely Mckay, tetapi pasangan Malaysia itu konsisten menamatkan saingan di tempat ketiga dengan meraih 328.74 mata untuk gangsa.
Qian dan Yajie unggul meraih emas menerusi catatan 352.56 mata, diikuti pasangan Korea Utara, Kim Min Rae dan Kim Kuk Yang, yang mencatat 336.46 mata.
Must-Watch Video