Skip to main content

Sukan Lain

Pandelela, Jun Hoong mara ke final 10 meter platform individu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pandelela-rinong-1075x605.jpg
Dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, berjaya menempatkan diri ke saingan akhir acara 10 meter platform individu dalam Kejohanan Dunia Akuatik di Budapest, Hungary, sebentar tadi.

Selepas membutirkan pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama kelmarin, Pandelela dan Jun Hoong kembali dengan misi meraih kejayaan dalam acara individu.

Walaupun harapan lebih disandarkan kepada Pandelela, Jun Hoong menempatkan dirinya di tempat ketiga selepas terjunan pertama dengan meraih 76.50 mata.

Bagaimanapun, kesilapan yang dilakukan Jun Hoong pada terjunan kedua menyaksikan dia jatuh ke kedudukan ke-11, begitu juga Pandelela yang seakan-akan belum mendapat rentak, menghuni kedudukan ke-14.

Terjunan kurang kemas turut dialami wakil China, Ren Qian yang gagal memimpin kedudukan bermula daripada terjunan ketiga.

Namun, tempatnya diambil alih rakan senegara, Si Yajie, yang cuba disaingi wakil Korea Utara, Kim Kuk Hyung dan Cho Eunbi dari Korea Selatan.

Dua wakil negara itu kemudiannya memperkemas terjunan, sekaligus memastikan kedua-duanya layak ke saingan akhir selepas Jun Hoong menamatkan saingan di tempat ketujuh sementara Pandelela kelapan.
 

Advertisement

Must Watch Video