Skip to main content

Sukan Lain

PANAS Malaysia Cup: Tyson Mcguffin-Eric Oncins jamah durian sebelum muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mcguffin-dan-eric-oncins.jpg
Latihan jadikan ia sempurna -- demikian frasa kata yang seringkali didengari tetapi lain pula yang dilalui Tyson Mcguffin dan Eric Oncins.

Beregu lelaki itu tiba di Kuala Lumpur pada saat-saat akhir dan selepas berhempas pulas selama empat hari, mereka dijulang sebagai juara (PPA) Pickleball Tour Asia: PANAS Malaysia Cup 2025.

Lebih mengkagumkan, Tyson dan Eric belum sempat berlatih bersama.

Malah, perbincangan mengenai taktikal perlawanan dilakukan di bilik penginapan rasmi pada Khamis lalu sambil menjamu juadah kebanggaan rakyat Malaysia, durian.





Ya benar, durian menjadi sajian pertama yang dinikmati mereka sebaik tiba di Ibu Kota.

Gandingan yang baru dibentuk ini menjadikan bahasa tubuh sebagai medium perantaraan di gelanggang utama dan lebih membanggakan apabila mereka menumbangkan Ben Johns dan Christian Alshon 11-5, 13-15, 11-9.

"Ini kali pertama kami bergandingan. 

"Semalam kami kurang menyerlah tapi hari ini kami menampilkan aksi yang hebat. 

"Kami berhasil bangkit dalam set ketiga," kata  Tyson.

Sementara seloroh Eric: "Saya cuba makan durian tapi rasanya mungkin tidak akan makannya lagi."
Supplement

Stamina Kekal Kuat

Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video