Skip to main content

Sukan Lain

PANAS Malaysia Cup: Saksikan kejohanan pickleball terbesar di Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

panas.jpg
Buat julung kalinya, Malaysia menggalas tugas besar selaku tuan rumah kepada penganjuran kejohanan pickleball terbesar di Asia, PANAS Malaysia Cup 2025. 

Bagi menghangatkan lagi cabaran ini, edisi kali ini menampilkan barisan pemain bertaraf dunia yang turun dengan misi sama iaitu untuk merebut gelaran juara.

"Ini adalah kali pertama saya di Asia khususnya di Malaysia.

"Saya sangat berbangga berada di sini. 

"Saya teruja melihat perkembangan pesat sukan ini serata dunia," kata pemain profesional, Christian Alshon, di Nadi Arena.




Melihat kepada perkembangan pesat sukan ini di pentas antarabangsa, rata-rata pemain meluahkan hasrat untuk melihat pickleball dipertandingkan dalam temasya tertinggi dunia, Sukan Olimpik, suatu hari nanti. 

Misi itu dilihat tidak mustahil kerana mengambil kira semakin banyak kejohanan peringkat antarabangsa yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.  

Difahamkan, persatuan pickleball sedunia kini dalam proses untuk membuat taruhan menyenaraikan sukan ini pada Olimpik Brisbane 2032. 

"Saya pasti, kami sebagai pemain pickleball sangat gembira jika dapat bermain dalam Sukan Olimpik.

"Saya sangat faham tentang bentuk penerimaan orang terhadap sukan ini.

"Ia menjadi fenomena terbesar ketika ini," kata Anna Bright.
Pickleball

Sertai Hype Pickleball Terbesar

Jangan sekadar saksikan kejohanan, masa untuk anda miliki paddle sendiri & rasai aksi di gelanggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video