Panas, panas, panas. bukan cuaca je panas tetapi suhu di venue rasmi Kejohanan PPA Pickleball Tour Asia Malaysia Cup 2025 apabila berlaku kejutan terbesar yang menyaksikan gandingan Nicola Schoeman dan Dannielle Townsend menyingkirkan pilihan utama, Roos Van Reek-Anna Bright, dengan keputusan straight set di peringkat suku akhir.
Pada ketika tumpuan di Setia Alam hari ini terarah kepada Van Reek-Bright untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir, gandingan pilihan kejohanan itu bergelut apabila ditentang hebat Schoeman-Dannielle.
Gandingan baru meningkat naik itu yang berpaksikan kekuatan personaliti Dannielle dari Australia yang kini dicanang sebagai permata baru.
Dannielle tenang mengawal tempo permainan menerusi variasi pukulan 'dink' yang memaksa lawan bermain secara rali.
Selepas memimpin gandingan bersama Schoeman, gandingannya menoktahkan kemenangan dengan keputusan 11-6, 11-3.
Di sebalik peningkatan prestasi Dannielle, tersirat cerita kebangkitan bekas pemain remaja ping pong Australia itu.
Dia baru memasuki tahun kedua selaku pemain profesional pickleball selepas mengambil langkah drastik meningggalkan ping pong.
Langkah itu membuahkan hasil apabila Dannielle sudah merekodkan 120 perlawanan kompetitif sejak 2023.
Menerusi kemas kini terbaru ranking pemain profesional, Dynamic Universal Pickleball Rating, Dannielle merekodkan 5.7 dalam acara beregu.
Ternyata, peralihan ke pickleball membantunya menjadi pemain yang lebih versatil di atas gelanggang utama.