Skip to main content

Sukan Lain

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil lulus ujian pertama

stadium.jpg
Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak terjejas selepas perhimpunan ulang tahun gergasi yang menyaksikan venue utama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu dibanjiri sekitar 60,000 rakyat Malaysia, semalam.

Ramai yang bimbang mengenai keadaan padang stadium selepas menganjurkan perhimpunan gergasi.

Begitupun, tinjauan Nadi Arena mendapati semua kemudahan kekal dalam keadaan terbaik, terutama rumput 'national grass' yang ditanam sejak awal tahun ini.

Ia cukup melegakan kerana jika rosak, rumput ini akan mengambil masa lama untuk pulih, sekaligus menjejaskan persiapan menjelang Sukan SEA.

'National grass' dapat bertahan dengan baik, sekaligus membuktikan ia lulus ujian sulung.

Ujian kedua akan menyusul 19 Mei ini apabila enam pasukan dijemput mengadakan aksi persahabatan untuk menguji kekuatan rumput berkenaan.

Pasukan itu ialah Shah Alam Antlers, Subang City FC, BNM FC, Pemanis FC, Majidee83 FC dan Kelab Bola Sepak Kupang.

Malah, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga sudah menyatakan kesediaan jika Stadium Nasional menjadi venue final Piala FA 2017.
 

Advertisement

Must Watch Video