SUKAN LAIN
Pacquiao umum persaraan
Karier tinju yang cemerlang Manny Pacquiao akhirnya menemui jalan penamat, satu-satunya juara dunia dalam lapan kategori itu akhirnya mengumumkan persaraan.
Pacquiao mengambil keputusan untuk bersara selepas memasuki ke gelanggang sebulan yang lalu ketika tewas menerusi keputusan sebulat suara kepada Yordenis Ugas bagi merebut gelaran WBA super welterweight.
Atlet berusia 42 tahun itu kembali bertinju bertemu Ugas buat pertama kali sejak Julai 2019, tetapi penampilan semula Pacquiao tidak mengikut perancangan di Las Vegas.
Iklan
Pacquiao, yang telah menyatakan pencalonannya dalam pilihan raya presiden Filipina bagi tahun 2022, bersara dengan rekod 62 kemenangan (39 KO), lapan tewas dan dua seri.
Dianggap sebagai salah satu peninju terhebat sepanjang zaman, Pacquiao -- petinju pertama yang memenangi gelaran dunia dalam empat daripada lapan kategori, flyweight, featherweight, lightweight dan welterweight.
To the greatest fans and the greatest sport in the world, thank you! Thank you for all the wonderful memories. This is the hardest decision I’ve ever made, but I’m at peace with it. Chase your dreams, work hard, and watch what happens. Good bye boxing. https://t.co/Bde4wO82sA— Manny Pacquiao (@MannyPacquiao) September 29, 2021
Must-Watch Video