Skip to main content

Sukan Lain

PABM sedia cadangan baru cegah kes doping

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pabm-doping.jpg
Cadangan baru ke arah langkah pencegahan kes doping akan dikemukakan dalam mesyuarat Exco Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), 9 Disember ini.

Ia susulan daripada kes lima atlet sukan itu yang disahkan positif bahan terlarang dan dijatuhkan hukuman penggantungan selama empat tahun.

Bagi Naib Presiden PABM, Ahmad Janius Abdullah, pihaknya amat berdukacita tentang jumlah kes doping yang terlalu banyak melibatkan atlet-atlet di bawah naungan persatuan itu.

"Kami bercadang untuk mewujudkan Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca sebenar perkara itu yang difahamkan turut melibatkan agensi daripada luar PABM.

"Kami berharap penyiasatan itu akan dijalankan secara telus," katanya.

Janius mendedahkan atlet-atlet yang terlibat telah berjumpa pihak persatuan bagi menyuarakan kekesalan mereka terhadap kemelut tersebut.

"Mereka telah berjumpa kami dan meluahkan kekesalan mereka tentang perkara yang berlaku.

"Mereka berharap agar dapat kembali dalam sukan ini suatu hari nanti.

"Kami menasihatkan mereka supaya terus berusaha dan tidak mengulangi kesalahan yang telah mereka lakukan," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video