Legenda angkat berat negara, Mohd Hidayat Hamidon, meminta Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengotakan janji kepada atlet peringkat negeri yang berjaya menewaskan jaguh kebangsaan untuk mewakili Malaysia.
Ia berlaku terhadap atlet Terengganu, Khairuddin Ashaari yang baru berusia 18 tahun namun berjaya menewaskan jaguh kebangsaan, Yusof Nandong dalam kategori 67 kilogram lelaki.
Khairuddin melakukan jumlah angkatan 275kg, kelebihan 3 kg berbanding Yusof.
Ia bukti atlet bertaraf negeri mampu mencipta kejutan namun ia terpulang kepada PABM untuk membuat keputusan.
"Angkat berat adalah sukan individu, di mana sekalipun saingan ini dipertandingkan, siapa yang menang dapat mewakili negara di peringkat lebih tinggi," kata Hidayat.
"Khairuddin seorang atlet yang berpotensi kerana memiliki keberanian bersaing dengan atlet bertaraf kebangsaan."