Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang mahu atlet sukan itu diberi keutamaan yang sewajarnya oleh kerajaan seperti atlet sukan-sukan yang lain.
Menurut presidennya, Datuk Ayub Rahmat, ini memandangkan atlet-atlet dari PABM ketika ini memiliki prospek yang besar untuk menyumbangkan pingat buat negara pada kejohanan bertaraf antarabangsa serta temasya sukan terbesar dunia.
Tumpuan selepas ini jelasnya adalah untuk memastikan atlet PABM mampu terus menyumbang pingat dalam dua temasya utama iaitu Sukan SEA 2025 dan juga Sukan Komanwel 2026 selain Sukan Olimpik LA 2028.
"Perancangan buat atlet angkat berat negara perlu ada menjelang kejohanan antarabangsa akan datang. sukan angkat berat merupakan antara sukan yang menjadi penyumbang tetap pingat di pentas Sukan Komanwel.
"Kami juga menyasarkan lebih banyak pingat emas dalam Sukan Komanwel akan datang."
Ia termasuk tiga jaguh utama yang baru sahaja melakarkan kejayaan yang menakjubkan di Fiji iaitu di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024.
Bahkan PABM ketika ini sudah mengenalpasti beberapa atlet yang berjaya dilihat berpotensi besar dari kejohanan Sukma untuk diketengahkan.
Bagaimanapun badan induk itu ketika ini masih menunggu laporan keputusan doping kesemua mereka sebelum diserap sepenuhnya untuk menyarung jersi negara.
"Apa yang telah dipamerkan barisan atlet negara dalam kejohanan baru-baru ini adalah satu landasan yang baik untuk menyaksikan lebih banyak keputusan positif buat Malaysia."
Ammar Hakim
Fri Sep 20 2024